Tuesday

Online banking semudah ABC.. [Tabung Haji dan Maybank2u]

Assalamualaikum..

Alhamdulillah pagi ni terjumpa entri blog yang sangat berguna berkaitan online banking. Post daripada blogger tu dah lama tahun 2015 lagi, iols laa yang baru tau.. hahahaha! Kadang tak aware sangat perkembangan online banking sebab selalu duk guna untuk selesaikan urusan bil, hutang kereta dan transfer duit ke akaun lain.. 

Untuk saving khusus macam ke akaun Tabung Haji (TH), dah buat potongan gaji sebenarnya. So takde laa amik pusing sangat kan.. Tapi memikirkan nak gi update buku tu memang MALAS sebab nak kena keluar pejabat, cari parking dan tunggu giliran, bila terjumpa entri blog ni memang sangat bersyukur.. 

Nak buat step by step macam entri blogger tu, iols ni takde lah banyak masa sangat. Ni pun curi2 je bila ada masa lapang. So untuk korang yang nak mudah macam iols, boleh lah rujuk link entri blog kat bawah ni ye.. Semoga bermanfaat.. Insyaallah.. kepada yg dah lama tau tu, diam2 je lah ye. hehe! Ni kepada yg tak tau macam iols ni.. :p

Iols paste kan link ikut step by step ye..

1. Cara daftar Akaun TH di Maybank2u - klik sini.
2. Cara transfer duit Maybank2u ke TH - klik sini.
3. Cara semak baki Akaun TH secara online di Maybank2u - klik sini.
4. Cara keluar duit TH secara online di Maybank2u - klik sini.

Terima kasih sangat kepada blogger tersebut.

Semoga bermanfaat kepada semua. Boleh lah simpan duit raya anak-anak terus ke akaun TH diorang. Tak yah pening pikir nak kena cari parking, tunggu giliran. Online banking is awesome! haha! Ok balik nanti kena cari buku TH cecepat..

Love,
KNY
11 Julai 2017.

Sunday

Celebrations.

Thaqif turned 6yo last 3rd June.

Sambut birthday dgn Muadz di rumah Opah..
Sambut awal di school sebab birthday bulan puasa. hihi!

Father's Day to Daddy on 18th June.


Umar turned 2yo last 6th July.

unplanned birthday celebration this year sebab bulan Julai, Umar sorang je dalam family.. ehhe!


Semoga keluarga kita sentiasa dirahmatiNya, dilindungiNya, diberkatiNya.. 
Insyaallah..


Love,
KNY
9 Julai 2017


Friday

Salam Aidilfitri. 1438H.


12 Syawal, 1438H. 7 Julai 2017.

Masih belum terlambat lagi nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua. Harap diampunkan segala salah dan silap ye.. 

Raya tahun ni turn balik Perak, kampung mak dan abah. Dah tau confirm akan jem teruk macam balik raya 3-4 tahun lepas. 2 tahun tak balik beraya di Perak sebab dalam pantang lepas lahirkan Umar (2015), tahun 2016 beraya belah En Hubs di Klang/Melaka. hehe. Sampai makcik2 pun ingat yg aku lama tak balik kampung.. Aku beriya kata baru tahun lepas tak balik, kata lama pula. Rupanya memang betul lama tak balik, 2 tahun lama lah kan..

Hari Sabtu 24hb bertolak dari Putrajaya ke Ipoh, Perak. Beraya di kampung arwah abah. Jem nya toksah nak cerita lah weh, memang jem. 8 pagi kot bertolak, dalam kul 2 petang lebih baru sampai Ipoh. 6 jam uols! Kematu pungkoq aiihhh.. 5 jam perjalanan pun tak nampak2 perkataan 'Ipoh' tu.. memang seksa betul. Kalau dah nampak tu sedap sikit hati ni tau nak sampai dah.. haha! Baru lah raya kan.. Lepas selesai beraya di Ipoh, dalam kul 1 petang kami bertolak ke kampung mak di Taiping, Perak.

5 jam perjalanan masih tak nampak perkataan "Ipoh" tu.. 
Bila dah nampak baru LEGA gila.. haha!
Family photo!
Big Family photo!
Opah with cucus..
Siblings..
Dengan family adik beradik arwah abah..

Raya kedua tahun ni pengalaman baru buat kami, beraya di Hospital Taiping, Perak. Thaqif kena tahan wad sebab asthma. Dia dah mula selsema dan batuk tapi tak kuat. Punca trigger dia kena asthma attack ni sebab En Hubs perasan dia (Thaqif) kunyah ais masa minum kat rumah Pak Anjang aku di Ipoh. Seronok agaknya beraya sakan haa.. sekali dan sikit je (sebab En Hubs dah tegur) tapi efek juga sebab sepanjang hari raya pertama tu dia memang aktif bermain dengan sepupu semua. Budak kan, nak tegur suruh rehat kejap pun, bukan lah lama sangat boleh tahan. Mesti tak sabar nak sambung main-main. Bila dah sampai masa nak tidur mula lah dada dah berombak-ombak. Sepanjang malam juga tidur tak lena dan mengadu sakit dada. Lepas subuh je terus minta En Hubs bawa Thaqif ke kecemasan Hospital Taiping sebab Thaqif dah ngadu sakit dada sangat-sangat.

My ninja turtle warded.. huhu
 

Sudahnya raya ke-2 En Hubs menemani Thaqif di wad. Raya ke-3 (petang) baru boleh discaj. Memang plan asal pun raya ke-3 dah balik Putrajaya sebab Mak kerja hari rabu (raya ke-4). Tapi sebab Thaqif lambat discaj raya ke-3 tu, Mak balik dulu dengan adik lelaki aku. Kebetulan dia pun sampai Taiping raya ke-2 tu, so raya ke-3 terus bawa Mak balik dulu lah. Kakak aku dan family sambung beraya belah abang ipar pula di Kelantan. Aku dan adik aku terus bergerak ke hospital bila En Hubs kata dah selesai urusan dokumentasi Thaqif untuk discaj, 4.30 petang juga lah kami bertolak balik dari Taiping - Putrajaya. Sepanjang perjalanan pun jem teruk juga tapi alhamdulillah bergerak. Kul 1230 malam baru selamat sampai Putrajaya. 8 jam juga tu uols! tolak lah 1 jam berhenti makan/solat/rehat kejap tu. huhu! Next time nak balik beraya kena plan betul-betul. Tak sanggup lah rasanya nak hadap jem gini. huhu!

Lepas kena warded ni, Thaqif pun sekarang beringatlah sikit kalau nak minum sejuk or berais tu. Dia dah tau akibatnya, sendiri juga yang sakit. huhu! Aku berdoa semoga asthma dia ni hilang semakin dia membesar. Kesian kalau budak yg aktif ni ada sakit asthma gini, terhad aktiviti dia nanti. Insyaallah amin. Korang pun doakan sekali untuk Thaqif ye. Terima kasih..

Ok, nanti sambung lagi ye..

Love,
KNY
7 Julai 2017.

Umar & Tongue Tie

Baru ni, 16 Mei 2017, Umar ada appointment untuk operation release tongue tie di Hospital Putrajaya.

Apa tu tongue tie?

Kalau menurut NHS Choices, tongue tie is where the strip of skin connecting the baby's tongue to the floor of their mouth is shorter than usual. more info


Kisahnya, aku memang perasan Umar ada tongue tie daripada lepas dia lahir lagi, 6 Julai 2015. Sebabnya bila dia menangis, lidah dia bentuk love, tak runcing tirus lidah depan dia tu. Bila aku tanya doktor, memang doktor cakap Umar ada tongue tie tetapi tak merisaukan kerana Umar takde masalah menyusu. Kalau baby yang ada tongue tie ni ada masalah menyusu, memang doktor akan nasihatkan untuk buat operation release tongue tie ni awal2 lagi bagi memudahkan penyusuan. Sebelum discaj (lepas lahirkan Umar) doktor bagitau, if aku risau tongue tie ni akan ganggu percakapan Umar di masa akan datang (means bila dia dah mula bercakap nanti), aku just inform pada doktor di klinik semasa check up bulanan anak tu, then nanti akan direfer ke hospital.

Since aku dah tau awal Umar ada tongue tie ni, so bila rutin check up bulanan dia kat klinik kesihatan, aku akan tanya nurse/doktor (kalau perlu jumpa doktor, selalu jumpa nurse je sebab nak tengok perkembangan anak) bila umur yang sesuai untuk budak yang ada tongue tie ni perlu direfer ke doktor pakar? Kebetulan masa tu Umar baru 1 tahun, belum bercakap lagi pun, membebel bahasa dia je lah. Doktor cakap nanti masa check up 1 tahun 6 bulan, kalau masa tu Umar dah mula bercakap dan Mummy rasa tongue tie dia macam 'mengganggu' percakapan dia, boleh minta doktor di klinik buat surat refer ke hospital. So bila Umar cukup 1 tahun 6 bulan, boleh bercakap, aku selalu alert sebutan huruf dia kot ada yang tak betul, macam R atau S atau Z (huruf2 yang selalu orang susah sebut bila ada tongue tie), aku pun tanya kat doktor di klinik kesihatan tu. Dia pun check lidah Umar, yes bentuk love masih ketara walau dengan sekali cubaan je doktor nak suruh Umar buka mulut. hihi! so doktor pun buat surat refer ke Klinik Pediatric Hospital Putrajaya.

Aku pun bawa lah surat refer ke sana then direferkan semula ke Klinik Ear, Nose & Trout (ENT). Mula2 datang tu just nak dapatkan tarikh appointment untuk jumpa doktor, 2 bulan daripada hari aku ke klinik tu, means Umar akan jumpa doktor bila umur dia 1 tahun 8 bulan. Takde masalah, maybe masa tu percakapan dia dah lebih jelas dan doktor boleh diagnoskan perlu operation or tak. Jadi bila sampai tarikh appointment tu, aku pun bawa lah Umar ke hospital. Naik Uber car je lah sebab susah nak cari parking area hospital. Then bila dah sampai giliran Umar, jumpa doktor, dan doktor pun cakap since tongue tie dia nampak ketara dan mummy pun macam risau ganggu percakapan Umar bila besar nanti, doktor pun bagi appointment untuk buat operation. Biar buat awal sebab lidah dia masih lembut lagi dan baru nak belajar bercakap. Kalau dibiarkan, lidah dah 'keras' or dah terbiasa, kalau buat operation, akan disusuli dengan speech therapy untuk bantu. 

Seminggu sebelum tarikh operation 18 April, Umar demam. So aku call hospital untuk inform dan dapatkan tarikh baru operation. Sebab untuk buat operation ni, anak tak boleh demam/selsema/batuk kerana risiko sangat tinggi. Dapat tarikh baru 16 Mei, syukur alhamdulillah Umar sihat. Walaupun pagi2 on the way ke hospital tu dia ada batuk2 tapi takde kahak (sebab menangis2 cari Mummy yang tengah bersiap sampai terbatuk2), risau kena postpone lagi tapi 2-3 doktor bius datang check dan cakap boleh proceed sebab sementara menunggu turn operation tu, batuk dah hilang. Umar operation ke-2 pagi tu. Syukur doktor bius, Doktor Farhana sangat friendly orangnya. On the way nak bawa Umar ke bilik bedah, dia bagi Umar tengok Didi & Friends kat handphone dia. Sampai lah alatan semua dah ready, then dah letak Umar atas katil untuk gas tidur tu, baru dia amik handphone dia balik dan aku pun kiss Umar then tunggu kat ruang menunggu. huhu! sedih ok lepas kiss dia dan nak keluar tu.. sebab masa tu memang aku berdoa tawakal serahkan semua urusan kat tangan Allah.. mohon lindungi Umar dan lancarkan urusan pembedahan ni je..

Alhamdulillah syukur bila aku tengok kat skrin tv tu tulis 'Umar Al-Harith bin Guntur - Operation Ended'.. Lega tu toksah kata laa kan.. Tak lama tu nurse panggil untuk ready terima Umar kat bilik recovery. Tengok dia tengah tidur je.. Alhamdulillah sangat2 semuanya berjalan lancar dan dimudahkan.. Terima kasih Ya Rabb..

Dah kebosanan menunggu giliran.

Puasa daripada bangun tidur sampai selesai operation.

Ready untuk ke bilik bedah. Tag warna pink, nurse/doktor ingat girl.
tapi sebenarnya masa daftar kat wad daycare, nurse tu pakaikan tag ketat sangat.
Si dobot rimas, so tukarkan.


Operation Started.

Operation Ended.
Tak sampai 5 min masuk bilik bedah dan selesai urusan.
Syukur Ya Allah..

Keadaan Umar masa keluar dari bilik bedah ke bilik recovery.

Kesian dia..


Lama juga tidurnya.

Bubur nasi, aiskrim, buah tembikai susu dan air koko.

Budak kelaparan.

Banyak dia makan.



Tak sabar nak balik dah. Hihi.
Since minor operation dan very2 short procedure, Umar daftar untuk wad daycare je. Tengahari dah boleh discaj sebab lepas operation, dia makan dan minum semua ok, takde muntah2. Umar pun bila dah sedar tu, dah kenyang, memang tak sabar2 nak balik. Habis wad daycare tu dia round dah. hihi! 

Mummy nak yang terbaik untuk awak sayang.. Semoga pembedahan release tongue tie ni hanya permulaan untuk bantu awak membesar dengan lebih baik dan insyaallah sentiasa dilindungiNya.. aminnnn..

I LOVE YOU
UMAR AL-HARITH

Love,
KNY
19 Mei 2017

Selamat Hari Jururawat!

Baru tau sebenarnya sekarang dah ada Hari Jururawat pula. Kebetulan dengar Era.FM pagi tadi on the way hantar anak-anak ke taska dan pengasuh. Alhamdulillah, profession yang sememangnya banyak berjasa kepada masyarakat selain guru dan ibu bapa sendiri. Maksudnya bulan Mei adalah bulan yang diraikan.. 

Hari Ibu..
Hari Guru..
Hari Jururawat..

Tanpa jururawat, memang susah keadaan kita jika perlu dirawat di hospital kalau semuanya nak kena uruskan sendiri. Mana reti kan?

Kalau mengandung tu, daripada awal check up sampailah bersalin, semua ada bantuan daripada jururawat. Dia yang check ukur lilit perut, jantung baby, darah, urine, blood pressure.. Kalau yang anak first tu, memang blur apa nak buat, kat mana nak pergi (kalau jarang pergi klinik ibu dan anak), semua jururawat yang bagitau detail.”Lepas sini puan kena pergi sini pula untuk urine dan amik darah, lepas tu masuk bilik xx..” Kalau bersalin pula, daripada serah diri, monitor CTG baby, blood pressure sampailah ke labor room tu haa.. 

Macam kes aku yang emergency caesarean anak pertama ni, daripada persediaan nak ke operation theatre tu – pasang tiub urine, pakaikan sarung tutup kepala, angkat Mummy yg 90kg ni daripada katil tolak ke katil operation, tunjukkan jantina baby lepas baby selamat dikeluarkan, bersihkan baby, usung Mummy semula ke bilik bertenang (bagi hilang bius kot, memang sepanjang operation berjaga sampai dapat tengok baby, lepas tu tetibe terus lelap plak tak tau berapa lama tapi rasa macam lama je.. hehe!) sampai lah ke bilik wad semula, tukarkan pad yang penuh darah nifas, tukarkan bag urine yang dah penuh, lapkan badan dan tukarkan baju (first day selepas operation), bawakan baby ke bilik, mandi dan susukan baby, sehinggalah boleh discaj daripada hospital.

Kalau diingat semula, 3 orang anak semua pun begitu.. Maklumlah anak-anak Mummy semua nak keluar ikut ‘tingkap’ orang kata.. hehe! Senang Mummy nak explain kat anak-anak yang diorang semua keluar daripada parut caesarean yang ada kat perut Mummy ni. Hihi!

Terima kasih jururawat yang telah banyak berjasa untuk masyarakat. Walaupun kadang tiada senyuman daripada anda, saya tau anda juga manusia biasa yang ada emosi.. kerja pula dengan manusia yang pelbagai ragam dan kerenah, kesabaran anda memang sangat ditabik spring toink toink toink oleh saya..

Teruskahlah memberi sumbangan dan berjasa kepada masyarakat dengan seikhlas hati, ganjarannya hanya Allah dapat membalasnya..

SELAMAT HARI JURURAWAT!!

Love,
KNY
12 Mei 2017

Wednesday

3 beautiful kids.

Thaqif
turning 6y on 3rd June

Safiyyah
turning 4y on 8th October

Umar
turning 2y on 6th July
HAPPY WESAK DAY!

Love,
KNY
10 Mei 2017

Tuesday

Thaqif & Taekwando


Hari Ahad lepas, Thaqif first time join Kejohanan Taekwando Sekolah-sekolah Selangor dan Tadika. Sekarang dia belt oren (daripada putih, kuning cair then oren). Semangat dia nak join sparring ni, a good exposure to him too, bina keyakinan diri.

So pagi-pagi Mummy dah siapkan breakfast (roti bakar je pun ;p) dan koko krunch untuk anak-anak. Settled breakfast, kami pun bergerak ke tempat kejohanan tu. So sementara menunggu kejohanan tu mula, Mummy handle Safiyyah dan Umar, Daddy handle Thaqif.









Kena buat regangan dulu sebelum mula sparring :)
Can you spot Thaqif? 


Thaqif masuk kategori 6 tahun. Alhamdulillah tengok dia seronok dan memang berminat untuk join taekwando ni. Dulu masa first time dia cakap nak masuk kelas Taekwando di tadika dia, ingatkan macam main-main je kan, ye lah budak-budak ni, tengok kawan join, dia pun nak join juga.. But along the way, nampak kesungguhan dia tu. Yang kadang buat risau, bila dia bergaduh dengan adik-adik tu, habis dia taekwando kan adik-adik dia haa.. geram juga Mummy nengok.. huhu..

Sepanjang kejohanan berlangsung, mood anak-anak semua ok. Walau dewan penuh dan ramai orang, kami duduk luar je senang dapat angin luar dan takde lah jadi berpeluh sangat. Paham je lah budak-budak ni, kalau suasana ramai orang dengan berpeluh-peluh, diorang pun jadi tak selesa, lepas tu mula lah meragam kan. Alhamdulillah anak-anak Mummy ok, bila nampak macam nak meragam tu, cepat-cepat cuba tenangkan mereka. Lama juga tunggu turn Thaqif kumpulan ke-16 tak silap, datang seawal 8.30 pagi juga lah.

Bila dah sampai turn Thaqif tu, peminat no 1 dia of course lah Daddy. Mula je turn dia, Daddy rakam video dan bagi kata-kata semangat. Kalau tak silap, Thaqif ada 2 round je. First round Thaqif menang, walau point tak banyak tapi boleh lah. Second round dia kalah dengan budak blue belt. Yang ni dia memang down betul. Masa start second round tu dia ok, bersemangat. Bila lawan dia tertendang perut dia (kuat sikit kot sampai Thaqif jatuh), lepas tu dia dah down. Walau masih cuba berlawan tapi dah tak kuat semangat sampai pengadil pun stopkan perlawanan dia. 

Budak-budak kan, nak push sangat masa dia tengah down pun tak boleh juga. 

So lepas dah stop tu, Daddy bawa Thaqif keluar dewan dan tenangkan dia. Dia duk mengadu sakit perut sebab kena tendang tu. Nak balik.. Tak nak sparring dah.. Daddy bila tengok anak bujang dah gitu gaya, dia pun terkesan lah dengan emosi si anak tu. Mummy lah kena cool n easy. haha! Umar masa ni dah lelap kat bahu Mummy yang empuk tu.. 

Mummy masuk dalam dewan balik dan tanya Sir (cikgu taekwando Thaqif) yang Thaqif ni dah boleh balik ke or ada lagi perlawanan? Sir dia cakap Thaqif dah takde perlawanan, cuma kena tunggu untuk amik medal je. Sebab Thaqif dapat no.2 untuk kumpulan 16 tu kot. So Mummy pun cepat-cepat bagitau kat Thaqif berita gembira tu. Walaupun dia kalah, sebenarnya dia dapat No.2.. Semoga terubat lah sikit terkesan di hati dia tadi tu.

Jenuh juga memujuk untuk stay kejap tunggu amik medal tu dan syukur dia bagi kerjasama.

Yeay!! Tempat ke-2 pun OK lah abang.. Abang tetap hebat!!
Nampak tak muka tak happy dia tu? huhu.
My HERO!! 

Balik dari sparring ni, Thaqif moody sikit. Habis gambar dan video dia sparring dia delete kat handphone Mummy. Nasib Mummy dah buat back up awal sebelum tunjuk kat dia. Video dia menang je dia bagi simpan, yang kalah dia taknak tengok. Perangai macam siapa eh? haha! 

Anyway, Thaqif if you read this one day, Mummy nak Abang tau yang Mummy bangga dengan Abang. Abang berani mencuba, walau Abang jatuh kena tendang, tapi Abang tetap bangun untuk sambung lawan lagi. Mummy kagum dengan Abang. Jangan jadikan kekalahan punca untuk lemahkan semangat Abang. Abang kena tetap bangun walaupun Abang jatuh banyak kali. Orang yang menang adalah orang yang tetap bangun dan terus berusaha. Macam masa Abang mula-mula nak belajar berjalan dulu, Abang amik masa 3-5 bulan untuk Abang bertatih dan belajar berjalan sampai Abang boleh berjalan tegak pada umur 1 tahun 3 bulan. Ingat, don't give up! Insyaallah Mummy dan Daddy akan sentiasa support Abang.. We love you.. 

Love,
KNY
9 Mei 2017

Monday

Assalamualaikum.

Lama sangat tinggalkan tempat bebelan yang satu ini. Last tulis 1 Sep 2015. Nearly 2 years juga tu. Kurang masa dah nak membebel sebab masa banyak habiskan dengan membelek anak-anak. hehe!

Ada ke pun yang follow?

Salut gila yang masih berblog sekarang. Bila minat menulis tu, akan cuba cari masa juga kan? Insyaallah aku juga nak terus jadikan tempat ini sebagai ruang memori kehidupan. Walau dah ada Instragram, Twitter dan Facebook, ruang ini masih ada tempat juga dalam diri ini. Cuma perlu pandai cari masa untuk posting. Insyaallah.

Love,
KNY
8 Mei 2017.

Tuesday

Sharing - Jom menabung!

Assalamualaikum. Sekadar berkongsi
.
Waktu Pagi:
1: Jgn Withdraw Duit Dari Atm
2: Jgn Byr Loan
3: Jgn Byr Hutang
.
Pagi adalah Utk Kita:
1: Sedeqah
2: Jemput Rezeki Melalui Dhuha
3: Berzikir Dan Selawat
.
Semua untung bersih@gaji bersih mesti diagihkan ke dlm 6 TABUNG
.
1. Tabung NEC 55%
Singkatan kpd neccesity @ keperluan.
Semua perbelanjaan rumah, byr sewa, kete, bil.,amik dr tabung NEC ni
.
2.Tabung FFA 10%
Financial Freedom Account. 
Saving tetap kita. Jgn guna langsung utk tempoh yg pjg.,cth 10 thn. 
Option simpanan utk FFA - 
1. Unit trust 
2. ASB
3. Fixed deposit
4. Tabung Haji
5. Beli gold
6. Simpan dlm tabung kt rumah.
Yg penting kita dh start create passive income utk masa depan kita.
.
3. Tabung LTSS 10%
Long term saving for spending.
Simpanan jangka masa pjg utk dibelanjakan.
Cth. Kumpul utk beli hp, deposit kete.,dll
.
4. Tabung FUN (PLAY) 10%
Duit dr tabung ni br boleh guna utk joli, blanja mkn, reward diri
.
5. Tabung EDU 10%
Tabung pendidikan.
Utk siapa?
Utk anak?
Diri sendiri mcm pi motivasi ke coaching ke
Yee...utk diri sendiri. Sbb yg nk kaya dan berjaya tu kita.
Duit tu guna tuk gi seminar, beli buku dll
Lps ni x de alasan x de duit nk blanja utk tambah ilmu. Korban skit tuk dpt yg lebih besar
Ank akn ada bhgn dia bila kita dah berjaya nnti
Kita slalu pikir ank je...tp x pernah pikir nk majukan diri sendiri dulu
.
6. Tabung 5% CHARITY
Yang ni yg paling penting. Gunakan utk sedekah dan derma
Wajib ada
Tabung kebajikan
Tabung tu kita guna tuk bantu org lain
INGAT💥💥
Kita jgn jd perompak kpd bisnes kita sendiri!
.
...besarkan kapasiti tabung anda..supaya kita boleh masukkan lebih byk rezeki...
Untuk mengelakkan Kebocoran Wang ..
Kita perlu menjadi MONEY MAGNET...
Dengan Kata Lain Duit Yang Berkat...
.
Banykkan sedekah dan mengeluarkan zakat pendapatan
.
kebocoran berlaku sbb duit tu bkn hak kita sebenarnya. Byk faktor yg jd penyebbnya
Ada duit je adalah masalah dtg, kete rosak, ank sakit dll...
Bermakna duit kurang berkat..,selalu berlaku pd ramai org...
Lps ni chek blik diri kita.
Hubungan dgn manusia, ibubapa, suami, ank2
Ada dendam sesiapa
Ada x maafkan org..
Ada sakitkan hati org
Pikir semula.

Mohon maaf dan memaafkan org adalah perkara yg terbaik.

Love,
KNY
1 Sept 2015

Monday

Doa yang dimakbulkan.

Entri kali ni aku nak share tentang doa atau niat atau hasrat hati yang aku mohon dan tanpa disangka Allah yang Maha Pemurah, Maha Penyayang, Maha Mengasihani telah makbulkan. 

Alhamdulillah.

Kadang kita tak sedar apa yang jua yang kita hajat dalam hati, Allah makbulkan. Kadang apa yang kita beria sangat doa dan nak sangat Allah makbulkan, sampai sekarang tak jadi apa. Betul tak? Rasanya pernah jadi kat semua orang. Antara kita sedar dan nampak ke tak je.

Aku baru tersedar sekarang yang salah satu hasrat di hati aku (Alhamdulillah) Allah yang Maha Esa telah makbulkan. 

Apa dia?

Bila umur 30 tahun, nak ada 3 orang anak. 

Subhanallah.

Hasrat hati ni aku nyatakan dalam hati je. En suami pun tak tau. Aku kahwin masa umur aku 25 tahun. Rezeki dapat anak awal, 26 tahun dah anak sorang. 28 tahun rezeki Allah tambahkan zuriat aku. Dan tak sangka, cecah umur 30 tahun Allah tambahkan lagi sorang amanahNya. Allahuakbar! Bila fikirkan balik, perancangan aku untuk anak ke 3 dalam tahun 2016 nanti which aku dah 31 tahun masa tu. Tetapi perancangan Dia mengatasi apa jua yang kita rancangkan. Tak sangka Allah makbulkan hasrat hati aku yang tanpa sedar aku niatkan dan tak ingat dah pun. Bila lahir anak yang ke 3 baru2 ni, baru la teringat yang diri ini pernah berhasrat begitu. 

Syukur Alhamdulillah.

Walau diri ni tak sempurna, banyak kekurangan, banyak dosa tak terhapus, Benarlah yang Allah tak pernah lupakan hambaNya. Allahuakbar!

Semoga kita menjadi hamba yang lebih taat kepadaNya. Insyaallah..

Love,
KNY
27 Julai 2015